Wednesday, February 8, 2012

Lady Driver - BAB 1

MARINA MOHAMAD!!!

Jerit Safura di muka pintu rumah Marina. Daun pintu dihempas kuat. Dia kemudian segera menghayun langkah kakinya ke tingkat atas. Sikap Marina yang tidak datang temuduga di Kalam Holdings menyebabkan dia benar-benar hilang sabar. Bukan senang baginya mendapatkan jawatan yang baik untuk Marina tanpa menggunakan orang dalam. Bagaimana dia hendak membantu sekiranya Marina sendiri tidak mahu menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan pekerjaan tersebut, Dia turut malu pada kawannya Adi selaku Pengurus Besar di Kalam Holdings yang telah berjanji akan memberikan pekerjaan kepada Marina sebagai setiausahanya. Namun semua hancur. Marina tidak hadir ke temuduga tersebut.

Argh!!! Gerutu hatinya bila lihat Marina tiada di bilik tidur. Suhu kemarahannya semakin tinggi. Hayunan langkah kakinya bertambah laju. Dicarinya satu persatu-satu bilik di dalam rumah bungalow tiga tingkat milik peninggalan arwah ibubapa Marina. Bak kata pepatah sampai ke lubang cacing dia akan tetap cari Marina untuk meluahkan kemarahannya itu.

Akhirnya dia berjaya juga menemui Marina di bilik gim.“Mar! Marina Mohammad!” jerit Safura memanggil Marina dari daun pintu. Namun Marina tidak menghiraukannya. Marina sedang leka berlari diatas berlari di atas treadmill sambil ditangannya bermain PS3 menggunakan wireless joystick. Melihatkan itu. Hati Safura bertambah panas. Sepanas gunung berapi yang sedang meletus. Langkah dihayun laju oleh Safura untuk merapati Marina yang sedang leka. Lalu, wireless joystick dirampas keras dari Marina dan dicampak ke lantai hingga hancur berkecai. Sehancur hati Safura kini yang tidak lagi tertahan dengan sikap Marina yang tidak tahu menghargai kesungguhannya untuk membantunya mendapatkan pekerjaan.
Marina yang terkejut dengan tindakan dan kemunculan Safura yang tiba-tiba itu. Dia segera mematikantreadmillnya. Dia kelihatan tercungap-cungap dan berpeluh-peluh seluruh badan. Rambutnya yang panjang diikat tinggi di belakang kepalanya.

Ishkk.. ishkk.. Apahal pula minah ni? Datang bulan ke? Ikut suka bagi hancur barang aku pula tu. Bukan main lagi marah dia ni. Itu tak lain bergaduh ngan tunang dialah tu. Nasib baik kau kawan baik aku. Kalau orang lain dah lama aku patah-patahkan tangannya tadi.

Wajah Safura benar-benar tegang. Mulutnya tak henti–henti membebel meluahkan perasaan marah dan kecewanya pada Marina. Malangnya, Marina tidak dapat mendengar sepatah perkataan pun dari Safura kerana ditelinganya masih lagi bergendang muzik klasikal dari ipod nanonya. Dia cuma dapat melihat wajah Safura yang sedang marahkan sesuatu sambil mulutnya terkumat-kamit meluahkan perasaan.

Entah apalah yang membebel si minah ni. Aduh.. hausnya tekak aku ni. Tengok dia membebel-bebel ni lagilah buat aku haus giler. Bila nak habis ni? Bekas air yang ada tersangkut di treadmill segera diambil dan diminum. Kemudian peluh dimukanya dilap dengan tuala kecil yang diletak ditengkuk.

“Kejap”

Safura yang bengang, terdiam untuk mendengar alasan dari Marina. Marina meneguk sekali lagi minumannya dan meletakkan bekas airnya semula ditempatnya. Lalu, dia membuka earphone dari telinganya.

“Joe tu memang tak guna. Eloklah pun kau break dengan dia”

Aduss!!! Berdesing telinga aku mendengar penyataan Marina itu. Apahal pula aku dengan Johan? Rupa-rupanya dekat lima minit aku bersyarah marahkan kau. Sepatah haram kau tak dengar rupanya. Arghhh… Ikutkan hati aku mahu saja aku hentak kepalanya kat treadmill ni. Tapi karang tak pasal-pasal aku pula yang kena. Dah gerenti aku tak mampu melawan dia ni. Bekas inspektor polislah katakan.

Lantas, Safura menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba mencari ketenangan untuk bercakap dengan Marina. Kelihatan Marina  berjalan menuju ke beranda. Dia kemudian duduk di kerusi panjang untuk melepaskan keletihannya selepas bersenam tadi. Safura mengikutinya perlahan dari belakang dan duduk bersebelahan Marina. Masing-masing duduk dihujung kerusi. Safura mengeluh panjang.

“Kau tahu tak yang hari ini kau ada temuduga.”

Alamak… Hari ni ke? Tadi yang membebel kat dalam tadi tu marahkan aku rupanya. Kalau aku tahu, baik aku lari tempat lain pagi tadi tadi. Ah! Lagipun bukan dia tak tahu yang aku memang tak nak kerja. Sibuk-sibuklah nak uruskan hidup aku.

“Aku malu dengan kawan aku Adi. Dia dah janji dengan aku nak bagi kau kerja tapi kau buat hal pulak. Macammana dia nak bagi kerja kat kau kalau kau tak datang.”

“Hishh… Kan aku dah cakap aku tak nak kerja. Aku dah cakap banyak kali kat kau rasanya. Lagipun aku kerja pun nak buat apa. Tak ada gunanya. Duit pun berlambak-lambak dalam bank tu. Sampai aku mati pun duit tu pun tak habis”.

“Kita bukan cakap pasal duit. Kita bercakap pasal hidup kau Mar. Takkan kau nak duduk je tak buat apa. Kau nak jadi apa?”

“Ishk..Biarlah lantak hidup aku. Aku nak buat apa pun. Kau sibuk apahal?”

Tersentap hati Safura mendengar kata-kata Marina membuat dia terkesima setika. Dalam tak sedar Safura menitiskan air matanya. Jauh di sudut hatinya, dia faham bukan niat Marina nak melukakan hatinya tetapi mahu dia berhenti dari menasihati.

“Aku sayangkan kau, Mar”

Bergetar-getar suara Safura menahan sebak. Tiada kata-kata yang dia mampu katakan untuk menjawab soalan Marina. Dia pasti hanya itu saja alasan yang dia beria-ria hendak membantu Marina keluar dari dunianya sekarang selain dari janjinya pada arwah kedua ibubapa Marina. Arwah kedua ibubapa Marina meminta Safura berjanji akan sentiasa menjadi pendokong hidup Marina andai mereka tiada kerana Marina merupakan anak tunggal. Marina tidak punya sesiapa selain dari kedua ibubapanya. Airmata Safura berderai semakin laju bila memikirkan janjinya itu.

“Aku boleh je biarkan kau. Tapi aku sayang sangat kat kau. Aku tak sanggup tengok kau bazirkan hidup kau tanpa buat apa-apa. Kau ada aku Mar. Kau bukan sorang-sorang kat dunia ni. Banyak benda yang lebih baik kat luar tu. Aku nak tengok kau ada hidup kau sendiri. Sekarang aku masih boleh bersama kau, Mar. Tapi macam mana akan datang? Aku tak nak suatu hari nanti kau keseorangan dalam kesedihan kau tu. Sekurang-kurang bila kau kerja, kau tak asyik melayan perasaan sedih kau tu”

Marina menarik nafas. Hatinya keras dan tak mudah menitiskan air mata. Namun, dia faham yang Safura buat perkara tersebut adalah untuk kebaikan dirinya. Dia sememang sudah lama hilang semangat untuk hidup. Kerana itulah juga dia berhenti dari Jabatan Polis. Kali ini, dia serba-salah pada Safura. Sahabatnya itu sudah berharap terlalu lama padanya untuk memulakan hidup baru dan hari ini buat pertama kali, Safura menangis kerananya. Sukar baginya untuk membuat keputusan.

 “Aku dah anggap kau sedarah dengan aku. Parent aku pun dah anggap kau macam anak mereka sendiri. Aku tak tahu nak cakap apa dah. Cuma aku tahu yang aku sayangkan kau, Mar… Engkau sayang aku tak?”

Safura memandang wajah Marina dengan linangan air matanya. Dia cuba meraih jawapan dari Marina namun, Marina hanya membatukan diri. Buat seketika suasana benar-benar rasa sepi. Yang kedengaran cuma geseran angin, unggas serta kicauan burung-burung.

Mana mungkin aku tak sayangkan kau. Takkan aku pernah belasah Johan kesayangan kau untuk suka-suka aku. Pening aku macam ni! Minah ni pun, tak tau nak give up ke? Huh! Keluh Marina. Manakala, Safura masih menanti jawapan dari Marina. Air matanya mulai kering menantikannya.

“Kau siapkanlah barang-barang aku. Aku tinggal kat rumah kau malam ni. Aku ikut ke mana pun kau nk bawa aku esok”.

Betul ke apa aku dengar ni? Akhirnya kau turut cakap aku? Macam bulan jauh ke riba aku rasa. Tapi itulah yang keluar dari mulut Marina. Kemudian, Safura tidak dapat menahan diri dari tersenyum. Dia benar-benar gembira. Akhirnya,buat pertama kali Marina tunduk pada kemahuannya.

“Esok je! Kalau tak dapat, lepas ni tolong jangan paksa-paksa aku dah. Kalau kau paksa juga. You, no longer be my friend.”

Marina sengaja berbuat begitu kerana dia tidak mahu lihat Safura menangis lagi dan inilah juga peluang untuk dia lari dari dipaksa oleh Safura untuk bekerja pada lainkali. Walaupun Marina berkelulusan tinggi dalam akademik namun, tak mungkin dia akan senang mendapat pekerjaan di syarikat besar tanpa menggunakan orang dalam. Huh! Tak mungkin Safura dapat mencari pekerjaannya dalam masa sehari sahaja. Detik hati Marina.

Lantaklah! Janji esok kau milik aku Marina. Entah kat mana aku nak cari kerja untuk kau esok ni pun aku tak tahu. Tapi aku takkan berhenti berusaha. Aku takkan biarkan kau menang, Marina. Kali ini, tiba waktu aku pula yang menang. Safura melompat-lompat keriangan. Di wajahnya tak henti-henti mengukir senyuman. 

“Aku masuk dalam dulu tau!”

Tiba-tiba di pipi Marina dihinggap ciuman dari Safura. Marina membiarkannya sahaja. Hati Safura benar-benar gembira. Safura segera masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang-barang Marina dan meninggalkan Marina termenung keseorangan di situ sambil memikirkan nasibnya pada esok hari.