Friday, January 20, 2017

THE HEIRESS - BAB 2

 “Najiha!”

Najiha berpaling. Dilihat Aira dan Damia sudah pun ada dipintu stor sambil tersenyum-senyum ke arahnya.

“Ha, awal lagi dah datang kacau aku kat sini ni?” soal Najiha selamba sambil menyambung tugasnya memeriksa barangan di stor yang terganggu sebentar tadi.

Dania mendekati dan mengikuti langkah Najihah. Manakala Aira pula bersandar di pintu stor.

“Hari ni. Birthday Anis. Kau tau tak?” Soal Damia berbasa basi dengan Najihah. Kerana dia tahu selama ini Najihah belum pernah terlupa tarikh-tarikh penting terutamanya harijadi kawan-kawannya.

“Tahu. Aku dah siap beli hadiah untuk dia hari tu.” jelas Najihah.

“Hurm… kali ni kita nak wat majlis kat mana pula? Korang berdua dapat ke nak cuti?” soal Najihah  pula.

“Ahh!!! Itulah masalahnya yang sebenar-benarnya” sampuk Aira yang berdiri di pintu stor.

“Kitaorang masuk kerja petang ni. Jadi… apa kata kita sambut kat hotel jek malam ni?” cadang Damia sambil menjongketkan sebelah keningnya pada Aira.

“Aku tak kisah… kat mana-mana pun aku setujulah. “  Najihah bersetuju apa sahaja cadangan mereka berdua untuk menyambut hari lahir Dania.

“Kat tempat biasa ke kat restaurant?” soal Najihah ingin tahu.

“Kau gila nak sambut kat restaurant? Siapa nak bayar? soal Aira pada Najihah.

“Rasanya antara kita yang mampu nak sambut birthday kat restoran tu Anis jek kot.”   Aira menjelaskan.

“Kan..” kata Dania sambil keduanya mengiyakan.

“Alah, korang ni. Aku tanya jek la.” jelas Najihah.

“Lagipun, manalah tahu kot korang dapat bonus ke.. Si Damia ni dah dapat mengorat Mr. Perfect 10 dia tu ke.” Usik Najihah.

“Ah!! Bertuah.” sindir Aira.

“Sepatah haram pun dia ni tak pernah sembang dengan Encik Hazeem tu, mana nak lekat. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan.. “ sindir Aira lagi.

“Oiii!! Aku kenal dialah. Dia pun kenal aku. Ingat tak yang dia panggil nama aku bulan lepas?” Jelas Damia membela dirinya.

“Maksud aku bukan kenal setakat kenal dia bos dan kau tu kuli dia. Kalau boleh kira macam tu, aku ni pun kira bercinta ngan dia lah kan? Sebab dia pun tahu nama aku, kerja department mana. “ jawab Aira sambil menyindir Damia.

“Maksud aku kenali dia selain dari tempat kerja. Yang penting dia kenal kau lebih sekadar dari kuli dia. Kau pula kenal dia luar dalam semua segala family dia kau kenal.” Jelas Aira lagi.

“Dah. Jangan nak bising-bising dalam stor aku ni. “ Tegur Najihah yang lihat Damia dan Aira mula bertikam lidah. Kedua-duanya memang amat rapat dan terlalu ambil berat antara satu sama lain, tapi macam anjing ngan kucing kalau bersama.

“Nak buat kerja pun payah.’ kata Najiha dalam nada geram.

“Ha, ambik. Gaduh puas-puas kat dalam nih.” sambung Najihah lagi sambil berjalan keluar dari stor meninggalkan mereka berdua yang berpandangan antara satu sama lain di situ.

Tiba-tiba lampu bilik stor tertutup. Keadaan jadi betul-betul gelap tanpa sebarang cahaya.

 “Jiha!!!” jerit keduanya sambil berlari keluar dari stor.

Anis sedang leka duduk meneliti beberapa invois penting di kaunter bayaran.

“Anis. Bak pen merah tu kejap.” Pinta Najihah lembut.

Tanpa melihat ke arah Najiha, Anis terus sahaja memberi pen ditangannya. Najiha segera ambil lalu menulis beberapa catitan di atas kertas yang baru diambilnya.

“Kau ni, Jiha.” kata Aira geram sambil menepuk belakang Najiha dalam keadaan termengah-mengah.

“Gelap giler kat dalam tu. Menakutkan. ” sambung Damia.

“Yang kau tinggalkan aku kat dalam kenapa?” tanya Damia pada Aira dengan nada geram.

“Mana ada aku tinggalkan kau. Kan kau ada jek kat belakang aku tadi.” jelas Aira perlahan.

“Kalau aku tak lari ikut kau.. mesti aku kena tinggal sorang-sorang kat dalam tu kan??” balas Damia.

“Masalahnya kau tak kena tinggalkan? Habis tu, kau nak aku buat apa? Tarik kau?” tanya Aira yang mulai geram.

“ Yalah. Tarik la aku keluar sekali. Ni tak, kau biar jek aku kat belakang kau” kata Damia masih tidak berpuas hati.

“Kau sendiri cakap kat dalam tu gelap.  Mana aku nampak kau. Satu bayang pun aku tak nampak. “ balas Aira mempertahankan dirinya.

“Pintu tu kau nampak pula.” balas Damia lagi.

“Aku tak nampak pun pintu tu kat mana. Aku agak-agak jek.” jelas Aira .

“Kot ye pun peganglah aku dulu” balas Damia yang masih tidak berpuas hati.

“Aku rasa pintu tu lagi dekat dengan aku dari kau tadi. Kan lagi senang aku cari pintu dulu sebelum cari kau.” jelas Aira lagi.

“Ye ke? Aku tengok kau buka pintu terus jek lari keluar” tegas Damia.

“Kau ni,..” nada suara Aira mulai meninggi menahan geram pada Damia.

“Kalau korang nak gaduh bising-bising. Sila keluar dari kedai aku ni. “ Tegur Anis lembut sambil menutup dokumen dihadapannya tadi.

“Kuncikan aje diaorang berdua ni kat dalam stor belakang tu. Biar padan muka.” cadang Najiha tak serius..

“Tak tahulah aku. Kata bestfriend forever and ever … ever.. ever.. korang ni. Tapi satu hari  tak bergaduh x puas. kalau satu hari jek tak berjumpa pulak.. dah macam 30 tahun tak jumpa.” jelas Anis melepaskan geram dengan sikap kedua sahabat baiknya itu.

“Damia yang mulakan dulu” Aira membela diri.

“Dah! Aku tak nak dengar dah.”tegas Anis.

“Ni pasal apa datang awal sangat kedai aku ni? Shift malam ke?”tanya Anis pula.

“Macam tau-tau jek Anis ni kan.. hebat!” puji Aira.

“Kita ni dah berkawan dari kecik kot. Abis tu korang nak buat kat hotellah ni, kan?” Duga Anis.

Aira dan Damia tersenyum kambing mengiyakan.

“Ok. Pukul berapa nak aku datang?” tanya Anis ingin tahu.

“Pukul 10 kat lobby tau.” jelas Damia.

“Jiha, tutup store ni kang temankan aku pegi shopping kejap.” ajak Anis.

“Eh, janganlah. Kami datang nak ambik Jiha sebenarnya.” terang Damia dalam nada bimbang.

“A’ah. Takut tak sempat nak buat preparation birthday kau nanti.”jelas Aira pula.

“Kau tak kisahkan?” soal Damia sambil tersenyum-senyum.

“Hurrm.. okay-okay. Tapi tanyalah Jiha dulu. Dia okay ke tak?” jawab Anis.

“Eh, aku no hal. Okay jek.” Kata Najiha sambil tersenyum melihat keletah sahabat-sahabatnya itu.

“Yes!” ucap Damia dan Aira sambil ber hi-five sesama mereka tanda lega.

“Aku pergi ambik beg kau, ye.” Kata Aira sambil ke belakang kaunter mengambil beg sandang Najiha.

Najiha kemudian mendekati Anis sambil menunjukkan fail store.

“Anis , ni tadi aku dah settle semua stock kat depan and kat dalam stor tu" terang Najiha.
Anis mula memberi perhatian penerangan Aira.

“Ada yang short. Tapi bukan luar ni. Cuma bahagian stationery tu ada sikit-sikit jek la. Yang aku rasa serius sebab short teruk kat dalam.” Aku dah buat catitan lain kat sini. Kau tengoklah dulu nanti.” terang Najiha lagi.

“Okay-okay.” jawab Anis dengan dahinya mula berkerut-kerut memikirkan masalah tersebut.

“Jiha! Jom la cepat.” panggil Damia dan Aira yang menunggu dihujung kaunter.

Najiha nampak perubahan riak muka Anis mulai masam itu.

“Tak pe. Kau pergi jek lah. Aku check ni nanti.” ujar Anis.

“Kalau macam tu, okaylah. Aku pergi dulu. Jangan susah-susah hati sangat. Nanti kita selesaikan sama-sama. Assalammualaikum.” pujuk Najiha.

“Waalaikummussalam.” balas Anis.