“Najiha!”
Najiha
berpaling. Dilihat Aira dan Damia sudah pun ada dipintu stor sambil
tersenyum-senyum ke arahnya.
“Ha,
awal lagi dah datang kacau aku kat sini ni?” soal Najiha selamba sambil
menyambung tugasnya memeriksa barangan di stor yang terganggu sebentar tadi.
Dania
mendekati dan mengikuti langkah Najihah. Manakala Aira pula bersandar di pintu
stor.
“Hari
ni. Birthday Anis. Kau tau tak?” Soal Damia berbasa basi dengan Najihah. Kerana
dia tahu selama ini Najihah belum pernah terlupa tarikh-tarikh penting
terutamanya harijadi kawan-kawannya.
“Tahu.
Aku dah siap beli hadiah untuk dia hari tu.” jelas Najihah.
“Hurm…
kali ni kita nak wat majlis kat mana pula? Korang berdua dapat ke nak cuti?”
soal Najihah pula.
“Ahh!!!
Itulah masalahnya yang sebenar-benarnya” sampuk Aira yang berdiri di pintu stor.
“Kitaorang
masuk kerja petang ni. Jadi… apa kata kita sambut kat hotel jek malam ni?”
cadang Damia sambil menjongketkan sebelah keningnya pada Aira.
“Aku
tak kisah… kat mana-mana pun aku setujulah. “ Najihah bersetuju apa
sahaja cadangan mereka berdua untuk menyambut hari lahir Dania.
“Kat
tempat biasa ke kat restaurant?” soal Najihah ingin tahu.
“Kau
gila nak sambut kat restaurant? Siapa nak bayar? soal Aira pada Najihah.
“Rasanya
antara kita yang mampu nak sambut birthday kat restoran tu Anis jek kot.”
Aira menjelaskan.
“Kan..”
kata Dania sambil keduanya mengiyakan.
“Alah,
korang ni. Aku tanya jek la.” jelas Najihah.
“Lagipun,
manalah tahu kot korang dapat bonus ke.. Si Damia ni dah dapat mengorat Mr.
Perfect 10 dia tu ke.” Usik Najihah.
“Ah!!
Bertuah.” sindir Aira.
“Sepatah
haram pun dia ni tak pernah sembang dengan Encik Hazeem tu, mana nak lekat.
Orang kata tak kenal maka tak cinta kan.. “ sindir Aira lagi.
“Oiii!!
Aku kenal dialah. Dia pun kenal aku. Ingat tak yang dia panggil nama aku bulan
lepas?” Jelas Damia membela dirinya.
“Maksud
aku bukan kenal setakat kenal dia bos dan kau tu kuli dia. Kalau boleh kira
macam tu, aku ni pun kira bercinta ngan dia lah kan? Sebab dia pun tahu nama
aku, kerja department mana. “ jawab Aira sambil menyindir Damia.
“Maksud
aku kenali dia selain dari tempat kerja. Yang penting dia kenal kau lebih
sekadar dari kuli dia. Kau pula kenal dia luar dalam semua segala family dia
kau kenal.” Jelas Aira lagi.
“Dah.
Jangan nak bising-bising dalam stor aku ni. “ Tegur Najihah yang lihat Damia
dan Aira mula bertikam lidah. Kedua-duanya memang amat rapat dan terlalu ambil
berat antara satu sama lain, tapi macam anjing ngan kucing kalau bersama.
“Nak
buat kerja pun payah.’ kata Najiha dalam nada geram.
“Ha,
ambik. Gaduh puas-puas kat dalam nih.” sambung Najihah lagi sambil berjalan
keluar dari stor meninggalkan mereka berdua yang berpandangan antara satu sama
lain di situ.
Tiba-tiba
lampu bilik stor tertutup. Keadaan jadi betul-betul gelap tanpa sebarang cahaya.
“Jiha!!!”
jerit keduanya sambil berlari keluar dari stor.
Anis sedang leka duduk meneliti beberapa invois penting di kaunter bayaran.
“Anis.
Bak pen merah tu kejap.” Pinta Najihah lembut.
Tanpa
melihat ke arah Najiha, Anis terus sahaja memberi pen ditangannya. Najiha
segera ambil lalu menulis beberapa catitan di atas kertas yang baru diambilnya.
“Kau
ni, Jiha.” kata Aira geram sambil menepuk belakang Najiha dalam keadaan
termengah-mengah.
“Gelap
giler kat dalam tu. Menakutkan. ” sambung Damia.
“Yang
kau tinggalkan aku kat dalam kenapa?” tanya Damia pada Aira dengan nada geram.
“Mana
ada aku tinggalkan kau. Kan kau ada jek kat belakang aku tadi.” jelas Aira
perlahan.
“Kalau
aku tak lari ikut kau.. mesti aku kena tinggal sorang-sorang kat dalam tu
kan??” balas Damia.
“Masalahnya
kau tak kena tinggalkan? Habis tu, kau nak aku buat apa? Tarik kau?” tanya Aira
yang mulai geram.
“
Yalah. Tarik la aku keluar sekali. Ni tak, kau biar jek aku kat belakang kau”
kata Damia masih tidak berpuas hati.
“Kau
sendiri cakap kat dalam tu gelap. Mana aku nampak kau. Satu bayang pun
aku tak nampak. “ balas Aira mempertahankan dirinya.
“Pintu
tu kau nampak pula.” balas Damia lagi.
“Aku
tak nampak pun pintu tu kat mana. Aku agak-agak jek.” jelas Aira .
“Kot
ye pun peganglah aku dulu” balas Damia yang masih tidak berpuas hati.
“Aku
rasa pintu tu lagi dekat dengan aku dari kau tadi. Kan lagi senang aku cari
pintu dulu sebelum cari kau.” jelas Aira lagi.
“Ye
ke? Aku tengok kau buka pintu terus jek lari keluar” tegas Damia.
“Kau
ni,..” nada suara Aira mulai meninggi menahan geram pada Damia.
“Kalau
korang nak gaduh bising-bising. Sila keluar dari kedai aku ni. “ Tegur Anis
lembut sambil menutup dokumen dihadapannya tadi.
“Kuncikan
aje diaorang berdua ni kat dalam stor belakang tu. Biar padan muka.” cadang
Najiha tak serius..
“Tak
tahulah aku. Kata bestfriend forever and ever … ever.. ever.. korang ni. Tapi
satu hari tak bergaduh x puas. kalau satu hari jek tak berjumpa pulak..
dah macam 30 tahun tak jumpa.” jelas Anis melepaskan geram dengan sikap kedua
sahabat baiknya itu.
“Damia
yang mulakan dulu” Aira membela diri.
“Dah!
Aku tak nak dengar dah.”tegas Anis.
“Ni
pasal apa datang awal sangat kedai aku ni? Shift malam ke?”tanya Anis pula.
“Macam
tau-tau jek Anis ni kan.. hebat!” puji Aira.
“Kita
ni dah berkawan dari kecik kot. Abis tu korang nak buat kat hotellah ni, kan?”
Duga Anis.
Aira
dan Damia tersenyum kambing mengiyakan.
“Ok.
Pukul berapa nak aku datang?” tanya Anis ingin tahu.
“Pukul
10 kat lobby tau.” jelas Damia.
“Jiha,
tutup store ni kang temankan aku pegi shopping kejap.” ajak Anis.
“Eh,
janganlah. Kami datang nak ambik Jiha sebenarnya.” terang Damia dalam nada
bimbang.
“A’ah.
Takut tak sempat nak buat preparation birthday kau nanti.”jelas Aira pula.
“Kau
tak kisahkan?” soal Damia sambil tersenyum-senyum.
“Hurrm..
okay-okay. Tapi tanyalah Jiha dulu. Dia okay ke tak?” jawab Anis.
“Eh,
aku no hal. Okay jek.” Kata Najiha sambil tersenyum melihat keletah
sahabat-sahabatnya itu.
“Yes!”
ucap Damia dan Aira sambil ber hi-five sesama mereka tanda lega.
“Aku
pergi ambik beg kau, ye.” Kata Aira sambil ke belakang kaunter mengambil beg
sandang Najiha.
Najiha
kemudian mendekati Anis sambil menunjukkan fail store.
“Anis
, ni tadi aku dah settle semua stock kat depan and kat dalam stor tu"
terang Najiha.
Anis
mula memberi perhatian penerangan Aira.
“Ada
yang short. Tapi bukan luar ni. Cuma bahagian stationery tu ada sikit-sikit jek la. Yang aku
rasa serius sebab short teruk kat dalam.” Aku dah buat catitan
lain kat sini. Kau tengoklah dulu nanti.” terang Najiha lagi.
“Okay-okay.” jawab Anis dengan dahinya mula berkerut-kerut memikirkan masalah tersebut.
“Jiha!
Jom la cepat.” panggil Damia dan Aira yang menunggu dihujung kaunter.
Najiha
nampak perubahan riak muka Anis mulai masam itu.
“Tak
pe. Kau pergi jek lah. Aku check ni nanti.” ujar Anis.
“Kalau
macam tu, okaylah. Aku pergi dulu. Jangan
susah-susah hati sangat. Nanti kita selesaikan sama-sama. Assalammualaikum.”
pujuk Najiha.
“Waalaikummussalam.”
balas Anis.
No comments:
Post a Comment