Wednesday, August 26, 2015

THE HEIRESS - BAB 1

Prittt!!!
Bunyi nyaring dari cerek yang sedang dijerang memenuhi ruang rumah studio yang kecil dan suram dari penataan cahaya dapur dan lampu tidur. Kelihatan jelas asap putih kesan dari wap air yang terhasil dari kesan jerangan air berlumba-lumba keluar dari mulut cerek yang sedang dijerang di dapur. Kelihatan seseorang menutup api di dapur lalu, menyebabkan asap putih dan bunyi nyaring dari cerek tersebut mulai berkurangan. Coaster diletakkan hampir dengan dapur dan kemudian mug yang mempunyai animasi kucing diletakkan di atasnya.

Peket milo 3 in 1 yang ada di atas kabinet dapur segera diambil dan dikoyak. Serbuk milo dituang sehingga habis ke dalam mug tadi. Tong sampah dapur dibuka. Paket milo 3 in 1 yang telah kosong dibuang masuk ke dalam tong sampah tersebut lalu, segera ditutup.

Sarung tangan dapur sudah pun dipakai. Penutup cerek segera dibuka lalu, cerek diangkat dari atas dapur. Air panas dari dalam cerek dicurahkan masuk ke dalam mug yang berisi sebuk milo tadi. Setelah air hampir memenuhi mug,  cerek tadi diletakkan semula di atas dapur. Laci dapur pula dibuka. Sudu kecil diambil dan diletakkan di dalam mug tadi. Laci tadi segera ditutup. Sudu kecil tadi kemudian dikacau sehingga air panas dan serbuk milo tadi dibancuh sebati.

Mug tersebut diangkat dan dibawa ke katil. Kelihatan seorang gadis berumur lingkungan 24 tahun sedang duduk dikatil menikmati sedikit dari air milo yang disediakan tadi. Tangan kirinya kemudian mencapai alat kawalan jauh dan filem Transformers mula dimainkan semula di televisyen LED Samsung 36 incinya. Majalah 'Time' di atas katil dijadikan lapik untuk meletakkan mug.  Tin biskut berjenama Hup Seng diambil di tepi katil dan dibukanya. 2 keping biskut diambil lalu, dicelup sebentar ke dalam air milo. Kemudian biskut yg dicelup sebentar tadi, dimasukkan ke dalam mulutnya dengan penuh menyelerakan. Melihatkan itu, Sky yang sedang berbaring di atas katil segera bangun dan datang perlahan-lahan menggesel pada belakang badan gadis tersebut yang sedang asyik menikmati hidangan tadi sambil menonton filem. Gadis itu membiarkannya. Setelah beberapa lama, kaki hadapan Sky mula menyentuh jari gadis itu sambil mengiau lembut.

“Sky sayang mana boleh makan biskut. Pergi kat dapur tu ada banyak lagi makanan sayang kat dalam tu” ucap gadis itu lembut pada kucing kesayangnya itu sambil mulutnya menjuih ke arah dapur.

Sky yang seakan-akan faham lalu segera turun dari katil. Ia berjalan ke dapur mendekati bekas makanannya yang masih banyak bersisa.

Sedang asyik menonton filem sambil menikmati hidangan, telefon bimbitnya berbunyi berberapa kali di kepala katil. Dia berpaling lalu, mencapai telefonnya itu. Telefon bimbitnya dibuka. Terdapat 3 mesej dari aplikasi 'Jom Borak'nya. Aplikasi 'Jom Borak' dibuka dan group ‘Geng Bas Sekolah’ dipilih.


Aira:
Budak tingkat 11!!!! Check in skang!!

Puteri Dealova:
Najiha binti Ashman sila lapor diri skrg. Puas aku mencari x jumpa2 pn.

Damia_shaz: 
Hoi Gha!!! Ko kt ne??

You: Wah.. indahnya bahasa ko Damia..
Aku ada kat istana aku la.. mana lg.

Puteri dealova: 

Oit! Anis bagi balik awal Jiha x dtg sini pn?

Damia_shaz: 

Ishk.. ishk..  Ap la ko ney..

Puteri dealova: 

Melilau Anis cari tak jumpa. Rpenye Jiha x dtg..







You: Itukan majlis kazen Anis.
Dia mana ada ajak Gha. Seganlah.



Aira: 

Damia! Ko start ngan bahasa alien ko tu aku kick out ko kang baru tau.




Puteri Dealova sedang memuat naik gambar

Damia_shaz: 




Sori2. Aku x wat da. X leh nak gurau sikit pn.



Gambar muncul di paparan skrin telefon. Kelihatan Anis cantik berpakaian dress pink yang labuh serta terdapat sedikit labuci menghiasi bahagian atas. Wajahnya pula dirias cantik berona merah jambu. Amat sesuai dengan warna kulit Anis yang sememangnya cerah dengan personalitinya yang sememangnya seorang yang sopan dan lembut. Pemakaian bulu mata palsu dan kanta lekap berwarna biru menyerlahkan lagi tatarias wajah Anis yang sememangnya cantik. 

You: 
Fulamak.. giler cantik Anis da mcm retis.

Puteri Dealova: 
Make-up by Epie Temerloh.. baju by rizalman plak.. kalo x nampak cam jgk retis x tau la aku. Hahahaha

Aira: 
Aku menyampah! Phm x?

Kan.. anis cantik mlm ni. Rugi kau tak dtg. Ramai org ngorat dia.

Puteri Dealova: 
Wat citer jek Aira ni tau.


Damia sedang memuat naik gambar


Kelihatan gambar seorang lelaki segak dalam pakaian kot dan bertali leher muncul di paparan skrin telefon.
You: Sape ni??

Aira: 
Da start da gedik dia ni nih.. adoiiii

Puteri Dealova: 
Eh! Mamat mne pula ni Damia?

Damia_shaz: 
Bopren aku la. En. Hazeem.






Aira: 



Bopren la sgt!! 
amik gambar pun curik2.


You: Boleh tahan jugak rpe en. Hazeem ko ni.

Puteri Dealova: 
Yalah. Dia ada kat majlis ni ke?

Damia_shaz:
Kannn.. bopren aku mesti la hensem.
Aah.. ada jek kat majlis ni nis. Dia yg handle event kazen ko ni.

You: Aku x cakap hensem pun.. tapi segak la..
Manis jek rpe orgnye..

Aira: hahahaha.. btol2! Aku sokong Gha

Puteri dealova: Cbe bgtau aku skang dia kat mne?? Mai aku try dia. 






You:


Aira:







Damia_Shaz: 
Berani la kau. Putus sahabat tau!







Puteri dealova: 
Nak tunggu ko try dia da bertahun... aku nk try ko x kasi plak..
Aira: Suka tp penakut. Malu bukan2.

Damia mengetap bibirnya menahan geram dengan usikan Anis dan Aira tadi dan mahu segera membalas mesej tersebut.

"Da puas ke belum ni, Damia?" Tegas nada Encik Rahimi bertanya yang tiba-tiba muncul dari arah belakang dan hampir sahaja telefon pintar Damia terlepas dari tangan kerana terkejut. Telefon segera disimpan dalam poket seluarnya. Dia kemudian berpaling sambil memberikan senyuman kerana Encik Rahimi menangkapnya bermain telefon pintar sewaktu bekerja.

“Apa senyum-senyum? Pergi tengok meja 20, 24 and 25,  tu?” arah Encik Rahimi tegas.

Okay..” perlahan suara Damia sambil menundukkan kepalanya. Dia kemudian, perlahan-lahan pergi dari tepi pintu masuk dewan itu untuk menyambung tugasnya.

Encik Rahimi melihat sekeliling dan kelihatan Encik Hazeem memanggilnya di Candy Booth. Melihatkan itu, dia segera menghampiri En. Hazeem.

“Rahimi. Saya nak awak call restaurant berapa donut karamel yang ada di sana. Semua candy kat sini dah hampir habis. Kalau ada awak minta diaorang hantar dalam 50 terlebih dahulu. Tapi kalau awak nampak macam cepat habis tambahkan lagi seratus, faham?” arah En. Hazeem pula.

Encik Rahimi menganggukkan kepala.

“Kalau masih tak cukup awak inform pada saya cepat tau. Sekarang awak call restaurant” arah Encik Hazeem lagi.

Encik Rahimi segera beredar dari situ dan terus ke meja penyambut tetamu untuk membuat panggilan yang disuruh.

Dari jauh En Hazeem lihat Tengku Kamal berjalan menuju ke arahnya dengan wajah yang agak mencuka. Hatinya berdebar-debar, bimbang jika event yang dikendalikannya ini tidak dapat memenuhi  kepuasan hati pelanggannya. Dia mula berkira-kira tentang pelbagai perkara seperti makanan, candy booth, penginapan, kek perkahwinan dan macam-macam lagi.

“Hazeem” namanya dipanggil oleh Tengku Razlan.

“Ya, Tengku?” balas Encik Hazim pendek. Dia kini cuba menahan perasaan bimbangnya kecelaruan fikiran yang dihidapinya.

Good job, Hazeem” ucap Tengku Razlan padanya dan terdapat segaris senyuman dari bibirnya menandakan betapa dia berpuas hati dengan majlis tersebut. Dia kemudian menepuk perlahan bahu Encik Hazim.

“InShaAllah saya recommendkan hotel ni pada kawan-kawan dan keluarga saya yang lain nanti” terang Tengku Razlan lagi.

Wajah Encik Hazeem tak dapat lari dari mengukir senyuman bila mendengarkan pujian dari Tengku Razlan itu. Sesungguhnya jauh dari sudut hatinya benar-benar lega dengan berita tersebut.

“Terima kasih, Tengku. Harap-harap family Tengku and guest semua berpuas hati dengan service kami di sini.” Balas Encik Hazeem.

“Kami betul-betul puas hati. Service hotel ni memang tip top. Look,  Everybody just having fun. Don’t you see?” kata Tengku Razlan sambil menunjukkan  keadaan sekeliling yang semua tetamu sedang bergembira dan ada sesetengahnya sedang menari menghayati lagu dendangan Anita Serawak dalam ballroom tersebut.

Melihatkan keadaan itu, dia benar-benar tersenyum lega.



No comments:

Post a Comment